Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Pada 25 Ogos lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi telah menyerang al-Ahsa dan menangkap dua warganya iaitu Muhssin Ali al-Oqeili 28 tahun seorang pekerja swasta, Hussain Ali al-Oqeili 18 tahun seorang pelajar dari daerah al-Mahdoud, kota Qatif.
Kedua warga Saudi itu ditahan oleh kereta peronda ketika memandu di sebatang jalan di Qatif. Mereka ditangkap dan dipenjarakan di atas kesalahan menyimpan kain rentang menyokong Hizbullah dalam kereta mereka.
Sementara itu penguasa Arab Saudi turut menyerang beberapa kota dan kampung di al-Ahsa serta memusnahkan semua dekorasi sambutan ulang tahun hari lahir cucu Rasulullah Imam Hasan bin Ali.